BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 25, 2011

kami masuk paper!!!

UTARA

ARKIB : 23/03/2011

130 mahasiswa UPSI sertai perkhemahan briged bomba

Mahasiswa kursus kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menyertai perkhemahan di Pasir Putih Resort, Kalumpang, baru-baru ini.


TANJUNG MALIM 22 Mac - Seramai 130 mahasiswa di bawah kursus kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah menyertai perkhemahan yang diadakan di Pasir Putih Resort, Kalumpang baru-baru ini.
Kursus yang baru ditubuhkan dua tahun lalu merupakan antara kursus yang menjadi pilihan mahasiswa kerana pengisiannya yang memberi banyak pendedahan tentang dunia sebenar anggota bomba.
Program tersebut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.
Tenaga pengajar yang terlibat dalam program itu terdiri daripada pegawai-pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim iaitu Sarjan Ibrahim Mad Isa; Penolong Penguasa, Kamal Ahmad Shaari dan beberapa orang pegawai lain dengan dibantu jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPSI.
Perkhemahan tersebut merupakan perkhemahan siri pertama semester ini dan merupakan kali keempat sepanjang kursus itu diperkenalkan di universiti itu.
Seorang peserta yang mengikuti program itu, Syarifah Hafidah Syed Abdul Rahman memberitahu, perkhemahan itu menarik kerana terdapat banyak aktiviti yang disusun sepanjang program itu berlangsung.
Katanya, aktiviti-aktiviti yang disediakan menerusi program yang dianjurkan itu mampu memupuk semangat kerjasama di samping menanamkan sikap setiakawan di kalangan peserta.
"Misalnya melalui aktiviti meredah hutan, semua peserta yang terlibat akan saling membantu sekali gus merapatkan hubungan sesama peserta," katanya.
Sementara itu, jurulatih briged, Muhammad Fadhirul Mohd. Razi berkata, aktiviti perkhemahan itu diadakan bagi memenuhi sukatan pengajaran sekali gus menjadi persediaan kepada bakal-bakal guru terbabit untuk mengendalikan kokurikulum di sekolah.
"Perkhemahan ini bertujuan mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental agar mereka mampu menjalani kehidupan dengan sikap yang lebih positif.
"Kita juga berharap semua peserta yang terlibat akan mengambil input-input dan pengajaran daripada siri perkhemahan yang diadakan ini dan menggunakannya untuk masa hadapan demi kebaikan bersama," katanya.






p/s : bangga kot dapat masuk paper utusan..haha..(gelak riak)

No comments:

Post a Comment