assalamualaikum bloggers, readers, blogwalkers..selamat malam..
korang mesti penah dengar kan pasal movie karipap-karipap cinta..tak la lama sangat..rasanya mesti dah ramai bloggers dah cakap pasal movie nie..aku je lambat nak mengomen..
aku tak minat sangat nak tengok..tapi satu hari aku terperasan kat wall kawan aku ada orang komen-komen pasal ceta nie..dorang nyesal tengok kat panggung wayang..dorang kata movie melayu semakin teruk..ada unsur-unsur lucah..skrip dorang mempunyai 'double meaning'..
tergerak la tangan aku nie untuk search ceta tue kat youtube..aku pun tengok la babak-babak yang dimaksudkan dorang tue..aku rasa ada la sket unsur lucah..tapi aku tak pasti kalo korang tengok korang akan rasa benda tue lucah ke tak..maybe aku + kawan-kawan aku je yang terlebih advance faham ayat yang dia cakap tue..ke kitorang sebenarnya yang lucah..haha..aku sendiri pun tak faham..yang tue korang boleh nilai sendiri la..antara ayat yang aku ingat la "nanti saya belanja Ali dengan karipap saya".."penah rasa tak karipap Sara..orang kata karipap Sara sedap".."yana nak keropok lekor Abang Ali je"..
aku takde niat nak menghentam sapa-sapa kat sini tapi kalo dalam ceta tue, Sara nie dikatakan best student kat Universiti Al-Azhar..she choose to be an editor instead of being 'ustazah'..ok yang tue takde masalah sangat..tapi tolong la jaga pemakaian..takleh ke dia pakai tudung yang proper..macam tue ke tudung student Al-Azhar pakai..ada 1 scene tue, dia tak pakai tudung langsung kat umah dia..walaupun ada yang bukan muhrim..aku nie tak pandai sangat dalam agama tapi aku harap la kalo wat ceta biar la realistik sket..kalo nak taknak pakai tudung, wat la dia nie best student Oxford ke..
aku mintak maaf la kalo ada yang terasa..nie cuma pandangan & kritikan membina..bukan aku tak hargai filem melayu tapi kalo ada yang salah kita patut tegur kan..
p/s : aku tengok movie nie separuh je..sebab tak paham ceta nie pasal apa & agak membosankan..lagi satu aku rasa menyampah tengok mimik muka Sara tue..sebab over sangat tak kena dengan skrip yang dia sampaikan..