BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label camping. Show all posts
Showing posts with label camping. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

bubye b0mba~

m0rning b0ys & girls..
arini pelik sket sebab aku bangun awal..
slalu kalo ari ahad susah sangat nak tengok aku bangun b4 matahari bangun..isk..malu2..
nie suma sebab xde elektrik..
nak tido x best sebab panas..
disebabkan elektrik tengah xde aku pun dengan liatnya bangun dan bukak laptop..
alang-alang dh bangun tue aku pun tringat nak meng'update' blog nie..



semalam ari last bagi aku untuk pakai baju celoreng..
yeayyy!!!at last kami suma budak-budak briged bomba 2 selamat ditauliahkan..
pasni komfem rindu giler dengan geng briged + kawad + camping..
time camping paling best skali..
1st time aku wat river crossing sampai tertelan air sungai..
briged bomba nie jugak bagi peluang aku padamkan api dengan mengangkut hose yang besar gedabak + berat giler..
pastu dapat naik scania, jentera bomba..
sedey lak nak tinggalkan suma tue..huhu..emo lak..
pape hal pun briged b0mba da best!!!











Friday, March 25, 2011

kami masuk paper!!!

UTARA

ARKIB : 23/03/2011

130 mahasiswa UPSI sertai perkhemahan briged bomba

Mahasiswa kursus kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menyertai perkhemahan di Pasir Putih Resort, Kalumpang, baru-baru ini.


TANJUNG MALIM 22 Mac - Seramai 130 mahasiswa di bawah kursus kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah menyertai perkhemahan yang diadakan di Pasir Putih Resort, Kalumpang baru-baru ini.
Kursus yang baru ditubuhkan dua tahun lalu merupakan antara kursus yang menjadi pilihan mahasiswa kerana pengisiannya yang memberi banyak pendedahan tentang dunia sebenar anggota bomba.
Program tersebut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.
Tenaga pengajar yang terlibat dalam program itu terdiri daripada pegawai-pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim iaitu Sarjan Ibrahim Mad Isa; Penolong Penguasa, Kamal Ahmad Shaari dan beberapa orang pegawai lain dengan dibantu jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPSI.
Perkhemahan tersebut merupakan perkhemahan siri pertama semester ini dan merupakan kali keempat sepanjang kursus itu diperkenalkan di universiti itu.
Seorang peserta yang mengikuti program itu, Syarifah Hafidah Syed Abdul Rahman memberitahu, perkhemahan itu menarik kerana terdapat banyak aktiviti yang disusun sepanjang program itu berlangsung.
Katanya, aktiviti-aktiviti yang disediakan menerusi program yang dianjurkan itu mampu memupuk semangat kerjasama di samping menanamkan sikap setiakawan di kalangan peserta.
"Misalnya melalui aktiviti meredah hutan, semua peserta yang terlibat akan saling membantu sekali gus merapatkan hubungan sesama peserta," katanya.
Sementara itu, jurulatih briged, Muhammad Fadhirul Mohd. Razi berkata, aktiviti perkhemahan itu diadakan bagi memenuhi sukatan pengajaran sekali gus menjadi persediaan kepada bakal-bakal guru terbabit untuk mengendalikan kokurikulum di sekolah.
"Perkhemahan ini bertujuan mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental agar mereka mampu menjalani kehidupan dengan sikap yang lebih positif.
"Kita juga berharap semua peserta yang terlibat akan mengambil input-input dan pengajaran daripada siri perkhemahan yang diadakan ini dan menggunakannya untuk masa hadapan demi kebaikan bersama," katanya.






p/s : bangga kot dapat masuk paper utusan..haha..(gelak riak)

kaRismA the Best!!!



baru-baru nie kitorang da join camping under Kumpulan Rakan Siswa JASA Malaysia atau lebih dikenali dengan nama KARISMA..lebih kurang cam kem la sebab tak tido dalam khemah pun..tempat tido selesa, makan yang sangat best + aktiviti yang memang enjoy..tak nyesal join kem nie..tempat pun cantik dekat Nur Laman Bestari, Ulu Yam..atas bukit tau..pagi-pagi ada kabus..rasa cam oversea la plak..hehe..

walaupun geng kitorang 4 orang je tapi da lagi 5 orang budak satu kos yang join..mula-mula sampai rasa cam nak balik je..tak best..pastu tak kenal pun budak-budak lain walaupun 1 upsi..tapi esoknya bila dah start aktiviti memang tak nak balik la..kem nie terapkan semangat berpasukan..kami group yang paling "havoc" sekali..walaupun tak menang tapi semua cam berpuas hati la..

part paling best bila kitorang semua dianugerahkan Pingat Mahasiswa Gagah Setia oleh wakil pihak JASA..first time dapat pingat neh..memang bangga sangat..and kitorang jugak group pertama yang dorang rakam sepanjang perjalanan kem tue untuk wat sebagai dokumentasi..

nie da la pic2 yang sempat kitorang snap..tapi tak banyak sebab bateri nset kong..huhu..

minum petang..


background pic nie cantik sangat..







fantastic FOUR...
target shooting checkpoint..
nie la pingat yg kitorang dapat dari Jabatan Hal Ehwal Khas..

p/s : x sabar nk tggu next camp..(^_^)V